Siklon tropika diramal badai Thailand
BANGKOK - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut yang diramal melanda kebanyakan wilayah Thailand sehingga Khamis, dicetuskan oleh siklon tropika Amphan di Teluk Bengal.
Siklon tropika Amphan dengan kelajuan angin maksimum kira-kira 180 kilometer sejam, bergerak ke utara dan diramal melanda Bangladesh antara 20-21 Me, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati kemungkinan hujan lebat dan banjir kilat serta laut bergelora.
Ombak di Laut Andaman dijangka setinggi 2 meter atau lebih dan bahaya untuk bot-bot kecil.
Sebanyak 40 peratus keseluruhan kawasan Bangkok dan wilayah sekitarnya dijangka mengalami ribut petir. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!