3,285 pembantu perawatan kesihatan terima baucar Mydin

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 3,285 pembantu perawatan kesihatan (PPK) yang bertugas di 45 hospital koronavirus (Covid-19) dan hibrid Kementerian Kesihatan (KKM) menerima baucar prihatin berjumlah RM100,000 sempena Aidilfitri.

Baucar beli-belah di rangkaian Pasar Raya Mydin itu disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali kepada Ketua Penolong Pegawai Perubatan Lembaga Pembantu Perubatan, Dr Md Zaki Othman yang mewakili PPK dalam satu majlis di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Sumbangan baucar itu adalah kerjasama antara Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY) dengan Mydin.

Menurut Dr Noor Azmi, PPK Gred U11 menjalankan tugasan kebersihan fasiliti kesihatan, persiapan fasiliti kesihatan, pengendalian sisa fasiliti kesihatan serta membantu dalam rawatan pesakit.

"Mereka (PPK) ini adalah golongan yang selalu dilupakan dan pemberian baucar ini adalah untuk menghargai jasa dan usaha mereka dalam membantu memerangi wabak Covid-19," katanya pada majlis itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!