4,623 peniaga, penjaja layak terima bantuan

Yew Tung Seang
Yew Tung Seang
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 4,623 penjaja tagging dan peniaga kecil di kawasan pulau akan mendapat bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan negeri melalui Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata, seramai 2,673 penjaja tagging dan 1,950 peniaga kecil layak menerima bantuan tersebut.

Menurutnya, mereka yang layak perlu menghantar maklumat bank untuk pembayaran ke e-mel, bantuancovid19@mbpp.gov.my, WhatsApp ke talian 0194741179 / 0164684969 atau ke pejabat Bahagian Pelesenan MBPP di Jalan Padang Kota Lama.

"Tarikh akhir penghantaran maklumat adalah pada 15 Jun ini. Oleh itu, semua peniaga yang layak perlu menghantar maklumat bank kepada MBPP untuk proses pembayaran.

"Kita harap dengan bantuan ini dapat meringankan beban peniaga kecil dan peniaga tagging yang terkesan dengan penularan koronavirus (Covid-19) ini," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!