'Dah boleh makan kat Vanggey'

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Foto Bernama
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak membenarkan semua premis makanan di negeri untuk makan di dalam premis masing-masing mulai hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagaimanapun kebenaran tersebut tertakluk kepada pengusaha premis berkenaan.

Menurutnya, perkara itu penting bagi memastikan pengusaha bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan kerajaan.

"Saya ingin maklumkan di sini, kita dah boleh benarkan para pengusaha premis makanan seperti Restoran Nasi Kandar Vanggey dan Restoran Tauge Ayam Lou Wong untuk beroperasi secara ‘dine in’ atau makan di dalam restoran.

"Seperkara lagi saya ingin ingatkan, umat Islam masih ditegah untuk makan di restoran pada waktu siang hari dalam bulan Ramadan ini," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut mengumumkan pembukaan taman-taman rekreasi awam kepada orang ramai berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, bagaimanapun, orang ramai wajib mematuhi SOP ketat kebiasaan baharu khususnya mematuhi penjarakkan sosial sewaktu beriadah di taman rekreasi awam.

Sebelum ini, kerajaan Perak membenarkan semua premis makanan beroperasi, namun tidak membenarkan makan di dalam premis.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, semua aktiviti rekreasi juga tidak dibenarkan biarpun kerajaan Persekutuan memberi kebenaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!