Johor saran orang ramai tidak rentas daerah ziarah Aidilfitri

 R Vidyananthan
R Vidyananthan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor hari ini menyarankan orang ramai agar tidak melakukan rentas daerah bagi ziarah bersempena Aidilfitri.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, kerajaan negeri bimbang perkara itu mengundang penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) kepada golongan yang berisiko.

"Bagaimanapun pergerakan rentas daerah untuk bekerja, membeli keperluan harian dan urusan kesihatan serta kecemasan seperti kematian masih dibenarkan buat masa ini," katanya dalam kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!