Wartawan Filipina 'tenang' walau kucing bergaduh semasa live

Doris cuba tenang walaupun dua ekor kucing bergaduh ketika 'live'.
Doris cuba tenang walaupun dua ekor kucing bergaduh ketika 'live'.
A
A
A

FILIPINA - Seorang wartawan berusaha untuk bertenang selepas dua ekor kucingnya bergaduh semasa siaran langsung (live) ketika menemubual ahli perniagaan di rumahnya.

Menerusi laporan New Zealand Herald, Doris Bigornia, sedang menemubual seorang ahli perniagaan untuk rangkaian Filipina DZMM, namun secara tiba-tiba dua ekor kucing bernama Bella Luna dan Nala melompat atas meja di belakangnya kemudian bergaduh tanpa menghiraukan tuannya.

Situasi cemas itu jelas membuatkan Doris dari ABS-CBN News tidak keruan dan gelagat kucing kesayangannya itu menarik perhatian netizen.

Video rakaman berdurasi 12 saat dimuat naik di Twitter milik anak perempuan Doris tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu dan mencecah 2.3 juta tontonan.

Rakaman itu juga menunjukkan dua kucing bercakaran dengan bunyi loceng pada kolar yang kuat membuatkan keadaan menjadi kelam kabut.

Ini bukan kali pertama siaran live dalam talian menarik perhatian netizen.

Pada tahun 2017, klip BBC menjadi tular setelah anak-anak kecil Profesor Robert Kelly menyelinap ke biliknya semasa wawancara sebelum mereka diambil oleh ibu mereka dalam keadaan yang pantas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!