Covid-19: Bayi berusia 22 bulan meninggal dunia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MANADO - Seorang bayi lelaki berusia 22 bulan meninggal dunia di Indonesia selepas dilaporkan positif koronavirus (Covid-19) awal bulan ini.

Menurut laporan The Jakarta Post, bayi itu difahamkan mula menerima rawatan awal di sebuah wad isolasi di Hospital Kandou, dekat sini.

Jurucakap petugas khas Covid-19, Steaven Dandel Steaven berkata kes berkenaan menjadikan jumlah korban di wilayah Sulawesi Utara itu sebanyak tujuh kes.

“Kes ke-93, seorang bayi dari Manado telah meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak tujuh kes di wilayah ini,” katanya.

Menurut jurucakap hospital berkenaan, Handry Takasenseran, selain punca jangkitan virus itu, bayi tersebut juga mengalami batuk kering (TB) dan malnutrisi.

Jelasnya, pegawai perubatan telah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan bayi itu, namun penyakit dialaminya menjejaskan lagi tahap kesihatan.

Menteri Kesihatan, Achmad Yurianto, bagaimanapun, belum dapat mengesahkan kematian bayi terbabit sebagai pesakit termuda yang terkorban akibat Covid-19.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Pulau Madura, Jawa Timur disahkan sebagai kematian melibatkan pesakit paling muda dilaporkan di negara itu pada 20 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Sulawesi Utara setakat ini mengesahkan 116 kes jangkitan dengan tujuh kematian akibat Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!