[DIKEMASKINI] Lelaki maut terperangkap dalam rumah terbakar

Warga emas ditemukan mati di dalam bilik air di tingkat bawah sebuah banglo yang terbakar di Kampung Selamat, Kuantan malam tadi.
Warga emas ditemukan mati di dalam bilik air di tingkat bawah sebuah banglo yang terbakar di Kampung Selamat, Kuantan malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah banglo dua tingkat di Kampung Selamat di sini, malam tadi.

Mayat Yusuf Hassan, 73, ditemukan di dalam bilik air di tingkat bawah, manakala lapan yang lain termasuk dua kanak-kanak tercedera dan seorang wanita dilaporkan mengalami sesak nafas dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, warga emas itu disyaki lemas akibat terhidu asap selepas mengalami masalah kesihatan dipercayai gagal menyelamatkan diri.

"Mayat pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Lapan yang lain termasuk dua kanak-kanak tercedera dan seorang wanita dilaporkan mengalami sesak nafas dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 11.45 malam.
Lapan yang lain termasuk dua kanak-kanak tercedera dan seorang wanita dilaporkan mengalami sesak nafas dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 11.45 malam.

"Lapan yang lain terselamat iaitu isteri mangsa berusia 69 tahun bersama tiga anak, seorang menantu dan tiga cucu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu jam 11.45 malam.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 18 anggota diketuai seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama dua jentera ke lokasi untuk operasi pemadaman.

"Jentera pertama tiba kira-kira 10 minit kemudian ke lokasi kebakaran dan operasi pemadaman dimulakan," katanya.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan jam 12.12 pagi dan hasil pemeriksaan lanjut membawa penemuan mayat mangsa dalam bilik air rumah berkenaan.

"Mangsa dipercayai terperangkap selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian bawah rumah tersebut.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk menerima rawatan. Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.44 pagi tadi," katanya.

Anggota forensik bomba melakukan pemeriksaan di banglo yang terbakar malam tadi.
Anggota forensik bomba melakukan pemeriksaan di banglo yang terbakar malam tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!