'Tak payah balik, mak okay'
PENGARAH dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi menasihati peminatnya supaya terus berada di rumah serta tidak pulang ke kampung untuk berhari raya susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang belum reda.
Beliau berkongsi kata-kata nasihat itu menerusi video berdurasi 50 saat yang dimuat naik di Instagram miliknya dengan meminta seluruh rakyat Malaysia berhati-hati bagi mengelakkan wabak itu menular di kawasan kampung.
“Tak payah balik, mak okay. Janganlah degil. Dah berapa tahun kita selalu sambut raya bersama, kan. Kali ini aje tak.
“Nyawa itu lebih penting. Insya-ALLAH, nanti kita dapat bersama,” luahnya.
Beliau yang berusia 67 tahun turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan, selalu mencuci tangan dan menjaga jarak sosial.
Dalam pada itu, video berkenaan telah ditonton lebih 27,512 pengikut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Rapid KL rekod jumlah penumpang tertinggi iaitu hampir 1.5 juta sehari
01 Januari 2025 10:32pmTindakan label konsep Madani secara negatif keterlaluan - Mohd Na’im
01 Januari 2025 07:36pmKerajaan usaha basmi kemiskinan di Kelantan - KSN
01 Januari 2025 06:50pmKos sara hidup tinggi antara lima cabaran dihadapi isi rumah
01 Januari 2025 06:39pmKerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
01 Januari 2025 05:49pmTerlerai sudah kasih
01 Januari 2025 09:10amKartunis Ujang mahu hidup lebih tenang selepas 24 tahun muflis
01 Januari 2025 12:04pmSiapa pertahan PMX?
01 Januari 2025 07:40am'Kami akan jaga adik sampai bila-bila'
01 Januari 2025 10:00am