Curi daun kelapa nak buat ketupat

Tanaman kelapa dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri daun kelapa muda dipercayai untuk membuat ketupat sempena perayaan Aidilfitri.
Tanaman kelapa dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri daun kelapa muda dipercayai untuk membuat ketupat sempena perayaan Aidilfitri.
A
A
A

TANJONG KARANG - Dua beranak yang mengusahakan tanaman kelapa terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit selepas tanaman itu dirosakkan pencuri yang mengambil daun muda pokok itu dipercayai untuk dijual sempena perayaan Aidilfitri, Ahad ini.

Mohamad Farid Yadan, 32, berkata, kejadian itu disedari bapanya, Yadan Mabni, 83, ketika hendak memulakan kerja-kerja meracun di kebun kelapa berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

"Saya tidak menolak kemungkinan daun kelapa muda ini dicuri untuk dijual bagi membuat ketupat sempena perayaan Aidilfitri. Jadi, saya menasihati supaya peniaga daun ketupat memastikan mereka membeli dengan penjual yang dipercayai, bukan melalui hasil curi," katanya.

Menurutnya, permintaan daun kelapa muda sememangnya meningkat pada musim perayaan Aidilfitri ini.

"Ini kejadian kali pertama berlaku sepanjang empat tahun kami mengusahakan tanaman kelapa kerana biasanya pencuri menyasarkan tanaman lain seperti pisang dan labu," katanya.

Mohamad Farid berkata, bapanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 10 pagi di Balai Polis Tanjong Karang pada hari sama.

"Saya meminta sesiapa yang mengetahui kejadian ini menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!