Rela United ada jurang antara pemain

Ole Gunnar -Foto Goal.com
Ole Gunnar -Foto Goal.com
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer rela jika skuad kendaliannya memiliki jurang (antara pemain) berbanding seorang pemain yang tidak berguna dalam pasukan.

Katanya, pemain sedemikian dilihat memiliki agenda peribadi bersama United hingga menyebabkan pencapaian kurang memberangsangkan musim lalu.

Justeru, apabila kesebelasan anak didiknya kini kembali menjalani laithan, Solsjkaer menegaskan perkara berkenaan berulang kali iaitu betapa pentingnya suasana kerja berpasukan.

“Sebab itu saya rela ada ‘jurang’ dalam skuad berbanding memiliki seorang pemain yang tidak berguna.

“Personaliti adalah sangat penting kerana kita adalah dalam pasukan yang sama. Anda mahu pemain yang ada sedikit ego, namun masih boleh diterima.

“Kita sangat mementingkan persekitaran kerja yang baik dan bagus. Selain itu, kita juga tidak mengalu-alukan mana-mana pemain yang datang ke sini dengan agenda peribadi masing-masing,” katanya.

Untuk rekod skuad The Red Devils itu berada pada kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL), sebelum saingan ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Sementara itu, Solskjaer berkata, suasana berpasukan yang baik dalam kalangan pemain sebagaimana ketika sesi latihan hari ini perlu diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Katanya suasana sedemikian, akan mampu membentuk pemikiran pemain bola sepak yang berjaya pada masa hadapan.

“Pada Mac 2019, ramai pemain yang penat dari segi fizikal. Ada yang mengalami kecederaan dan ramai yang bermula dengan pemikiran negatif biarpun sepatutnya ia pemikiran yang positif,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!