Budak meninggal dunia selepas berbuka dengan soto

Mangsa keracunan makanan dirawat di Rumah Sakit Selong. - Foto iNews
Mangsa keracunan makanan dirawat di Rumah Sakit Selong. - Foto iNews
A
A
A

JAKARTA - Seramai 25 penduduk kampung Labuhan Haji, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat (NTB) mengalami keracunan setelah makan soto ketika berbuka puasa, pada Selasa.

Berdasarkan laporan iNews, peristiwa menggemparkan penduduk itu mengorbankan kanak-kanak Tina Melinda, 10, semalam, setelah menjalani rawatan di Rumah Sakit Selong.

Mangsa keracunan, dikenali Wildan berkata, puluhan penduduk mengalami muntah dan sakit kepala setelah makan soto ketika berbuka puasa.

"Setelah makan sup, pada waktu malam mangsa mengadu pening, mual dan muntah. Mereka kemudian dibawa ke Pusat Kesihatan Awam, " katanya.

Dia berkata, soto yang dinikmati penduduk itu disediakan oleh seorang pengusaha sawah di sini.

"Ahli keluarga pengusaha sawah juga turut menjadi mangsa keracunan makanan.

"Jumlah yang dirawat saat ini ada 15 orang manakala selebihnya telah dibenarkan pulang,” katanya.

Justeru itu, petugas kesihatan telah mengambil sampel makanan soto yang dimakan mangsa dan pegawai polis Lombok sedang menyiasat perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!