Cuba nasib dengan alasan tak munasabah

Surina menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas barisan hadapan di SJR di Ulu Pauh, hari ini.
Surina menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas barisan hadapan di SJR di Ulu Pauh, hari ini.
A
A
A

KANGAR - Masih ada individu yang ingkar Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mahu mencuba nasib merentasi negeri dengan alasan rumah berhampiran sempadan bagi merentasi negeri untuk pulang ke kampung.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, bagaimanapun polis bertindak tegas tidak membenarkan mereka memasuki negeri ini tanpa kebenaran polis.

Menurutnya, polis tidak akan berkompromi dengan alasan berkenaan lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana ada individu yang akan mengambil kesempatan pulang ke kampung.

"Sepanjang pemerhatian kami di sekatan jalan raya di Ulu Pauh, di sempadan negeri Kedah – Perlis, lebih separuh kenderaan yang diperiksa tidak mempunyai kebenaran rentas sempadan yang sah dan mereka terpaksa akur kerana diarahkan berpatah balik.

“Mereka dilarang merentas negeri kecuali atas sebab kecemasan dan ada kelulusan," katanya ketika ditemui selepas program menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya di Ulu Pauh, hari ini.

Tambah Surina, polis telah membuat penutupan kekal di semua lorong tikus dan jalan kampung di seluruh negeri Perlis selain menugaskan Unit Kereta Peronda MPV untuk melakukan ‘snap check’ di kawasan ‘hotspot’.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!