SJR di semua laluan keluar dari Selangor

Arjunaidi (kiri) sedang meninjau Sekatan Jalan Raya di susur masuk Tanjung Malim, Lebuhraya Utara Selatan, hari ini.
Arjunaidi (kiri) sedang meninjau Sekatan Jalan Raya di susur masuk Tanjung Malim, Lebuhraya Utara Selatan, hari ini.
A
A
A

HULU SELANGOR – Ribuan pengguna jalan raya terpaksa menghadapi kesesakan teruk selepas Polis Selangor melaksanakan sekatan jalan raya di semua laluan keluar dari negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, lokasi itu membabitkan jalan negeri, jalan perbandaran dan lebuh raya menuju ke negeri lain.

“Antara faktor kesesakan kerana pemeriksaan secara teliti bagi memastikan surat kebenaran yang diperoleh sah,” katanya pada sidang media di susur masuk Tanjung Malim, Lebuhraya Utara Selatan, hari ini.

Arjunaidi berkata, tindakan tegas Polis Diraja Malaysia itu dalam usaha mengekang sebarang pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran.

“Pemantauan sehingga jam 3 petang tadi mendapati ribuan kenderaan dikesan keluar dari Lembah Klang melalui Selangor menuju ke utara, selatan dan pantai timur,” katanya.

Arjunaidi berkata, bagaimanapun sebahagian besar daripada mereka didapati ada surat kebenaran merentas negeri.

“Hasil pemantauan di semua lokasi sekatan jalan raya di negeri ini, terdapat penurunan jumlah kenderaan yang diarah berpatah balik berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod sebanyak 21,993 kenderaan dikesan cuba melakukan perjalanan rentas negeri keluar dari Selangor, semalam.

Artikel Berkaitan:

"Hasil pemeriksaan mendapati nisbah satu dari setiap lima kenderaan yang diperiksa diarahkan berpatah balik,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!