Covid-19: 30 ahli keluarga wanita hamil di Kelantan sudah disaring

Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan saringan terhadap 30 ahli keluarga wanita hamil yang disahkan positif Covid-19 di Kuala Krai, Kelantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil saringan tersebut mendapati, 20 individu negatif Covid-19 manakala 10 lagi masih menunggu keputusan.

"Selain ahli keluarga, KKM sedang mengesan kontak rapatnya termasuk di Ampang Selangor," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan.

Terdahulu, kes membabitkan wanita berusia 31 tahun itu mencetus kebimbangan rakyat Kelantan selepas negeri itu bebas Covid-19 selama 32 hari.

Wanita itu pulang ke kampungnya di Sungai Durian, Kuala Krai, Jumaat lalu bagi melahirkan anak keduanya.

Bagaimanapun ujian saringan Covid-19 yang dilakukan ketika hadir pemeriksaan di Klinik Ibu dan Anak mendapati dia positif Covid-19 sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Kandungan wanita berkenaan memasuki 35 minggu dan tidak menunjukkan sebarang gejala Covid-19.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Perantau bawa Covid-19 ke Kelantan

Anak sulung wanita hamil negatif Covid-19

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!