MKN, KKM teliti cadangan SOP Persatuan Gunting Rambut

Ismail Sabri pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan oleh Persatuan Gunting Rambut sebelum membuat keputusan lanjut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih ramai yang bimbang kerana tidak ada penjarakan sosial antara tukang gunting dan pelanggan.

"KKM dan MKN sedang meneliti SOP yang dicadangkan oleh persatuan ini. Bagaimanapun kita serahkan kepada mereka untuk menentukannya.

"Kita tidak tahu bila mereka akan umumkan atau panggil Persatuan Gunting Rambut ini untuk berbincang bersama. Mungkin selepas Aidilfitri atau selepas 9 Jun ini," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!