Solat sunat Aidilfitri sendirian cegah penularan

Garis panduan sambutan hari raya yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perak.
Garis panduan sambutan hari raya yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perak.
A
A
A

IPOH - Individu yang baru sembuh daripada wabak koronavirus (Covid-19) serta diarah menjalani kuarantin di rumah tidak dibenarkan solat sunat Aidilfitri berjemaah bersama ahli keluarga lain.

Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, individu dalam kategori tersebut boleh solat secara bersendirian bagi mencegah penularan.

"Solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian.

"Ia boleh dilaksanakan di rumah masing-masing secara berjemaah namun hanya terbuka dalam kalangan ahli keluarga dalam rumah tersebut sahaja.

"Digalakkan juga setiap keluarga melaungkan takbir di rumah masing-masing," katanya.

Bagi petugas yang diamanahkan bertugas di surau atau masjid boleh melakukannya tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

"Pesakit dan petugas di hospital boleh melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada peraturan dan arahan yang ditentukan oleh Kementerian kesihatan," katanya.

Kenyataan itu turut menyebut, takbir raya merupakan syiar Islam yang disunatkan untuk dilakukan bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan sehingga solat hari raya dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Takbir raya di masjid atau surau hanya dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak sahaja atau dengan menggunakan rakaman.

"Takbir dari rumah ke rumah pada malam hari raya tidak digunakan dan disyorkan kepada pihak penyiaran untuk menyiarkan takbir hari raya dengan lebih kerap dan meluas," katanya.

Dalam pada itu, amalan tradisi ziarah hanya dengan menggunakan alat komunikasi dan media sosial sebagai pengganti diri.

Katanya, amalan menziarahi kubur pada hari raya tidak dibenarkan tiada rumah terbuka Aidilfitri bagi mengelak penularan wabak penyakit.

"Amalan tradisi membuat dan menghadiahkan kuih-muih dibolehkan, namun perlu dibuat dengan tatacara yang bersesuaian dengan perintah keselamatan dan taklimat kesihatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!