Lubnan berisiko alami krisis makanan terbesar
BEIRUT - Lubnan berisiko mengalami krisis makanan terbesar kerana masalah kewangan yang teruk dan kejatuhan ekonomi berikutan krisis wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia.
Perdana Menterinya, Hassan Diab hari ini memberi amaran mengenai keadaan darurat bekalan makanan keselamatan global akibat wabak tersebut.
Katanya, usaha untuk menyekat eksport makanan mesti ditentang dan meminta Amerika Syarikat (AS) serta Kesatuan Eropah (EU) untuk menubuhkan dana kecemasan bagi membantu Timur Tengah menghindari krisis yang teruk.
“Jika tidak kebuluran boleh mencetuskan aliran migrasi baru ke Eropah dan semakin mengancam wilayah ini,” katanya kepada The Washington Post.
Menurutnya, Lubnan berada dalam krisis yang mendalam sebelum Covid-19 melanda berikutan kadar inflasi dan pengangguran yang bertambah. -Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!