Syawal Menyatu Hati tema TV Alhijrah pada Aidilfitri

Namanzee Harris
Namanzee Harris
A
A
A

KUALA LUMPUR - TV Alhijrah melaksanakan dua kempen besar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kempen Ramadan dan terkini Kempen Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, kelaziman baharu menuntut penglibatan inklusif seluruh warga kerja stesen itu untuk tampil kreatif berganda bagi memastikan dakwah dan hiburan tidak keterlaluan terus disajikan tanpa henti buat penonton.

“Kami bereksperimen dengan pelbagai strategi baharu bagi memastikan penonton kekal setia di stesen TV Alhijrah.

“Sebagai contoh, kami perkemaskan platform digital yang tidak memerlukan banyak tenaga kerja bagi menghasilkan sesuatu rancangan, namun memberi impak tinggi dan memberangsangkan.

“Lihat sahaja kejayaan program Jom Ngaji dan E-Kaunter Netizen bersama Syamsul Debat. Ia adalah bukti bahawa penonton sudah mula mengadaptasi norma penyiaran baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Namanzee berkata, sempena Syawal, stesen TV Alhijrah memilih tema Syawal Menyatu Hati sebagai asas kepada sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Tempoh 25 jam diperuntukkan oleh TV Alhijrah khusus untuk semua rancangan Aidilfitri di platform televisyen dan dalam talian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!