Peniaga ayam dikompaun, jual harga tinggi

Rosol (kiri) meninjau harga ayam di Pasaraya Sabasun, Ajil
Rosol (kiri) meninjau harga ayam di Pasaraya Sabasun, Ajil
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang peniaga ayam di sebuah pasar besar di Kuala Lumpur antara yang terawal dikenakan kompaun, sejak pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang bermula Rabu lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kompaun RM2,500 dikenakan kerana peniaga berkenaan menjual pada harga yang lebih tinggi daripada harga maksimum ditetapkan.

"Peniaga ini menjual ayam standard pada harga RM9, melebihi kadar maksimum yang ditetapkan iaitu 7.50 sekilogram bagi harga runcit, memandangkan kita sudah kuatkuasakan harga kawalan. Pegawai kita pergi siasat dan memang betul sebagaimana aduan, jadi kita terus kompaun. Setakat ini sebanyak tiga aduan berkaitan harga ayam kita terima, antaranya di Pulau Pinang dan Putrajaya.

"Kita akan terus meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap harga jualan ayam di pasaran," katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan di Pasaraya Sabasun di Ajil.

Rosol (duduk, tengah) pada sidang media sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.
Rosol (duduk, tengah) pada sidang media sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.

Sebanyak 2,437 premis perniagaan merangkumi 65 premis borong, 2,372 premis runcit telah diperiksa di seluruh negara pada hari pertama pelaksanaan SHMMP.

Sementara itu, Rosol berkata, sehingga 18 Mei, sejumlah 513 premis telah diperiksa meliputi 27 ladang, 52 pembekal dan 434 peruncit yang menjual ayam.

"Sebanyak 386 notis telah dikeluarkan kepada peniaga ayam di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Artikel Berkaitan:

"Hasil siasatan awal, kita dapati berlaku kenaikan harga jualan ayam yang dipengaruhi oleh faktor kenaikan kos oleh pembekal dan peladang. Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!