Lelaki maut melecur dalam bilik

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang melecur dalam kebakaran rumah di Lebuh Perajurit 3, Taman Ipoh Timur hari ini.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang melecur dalam kebakaran rumah di Lebuh Perajurit 3, Taman Ipoh Timur hari ini.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan melecur akibat kebakaran di sebuah rumah di Lebuh Perajurit 3, Taman Ipoh Timur di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, M Paramanandan, 44, ditemui terbaring atas lantai di dalam sebuah bilik rumah dua tingkat berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, seramai 18 anggota termasuk pasukan bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.31 pagi.

"Bilik dianggarkan musnah 30 peratus itu melibatkan kemusnahan dinding dan siling rumah manakala mayat mangsa melecur 50 peratus.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kebakaran melibatkan sebuah bilik yang didiami oleh mangsa.
Kebakaran melibatkan sebuah bilik yang didiami oleh mangsa.

Katanya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh enam minit dan operasi pemadaman diteruskan dengan menggunakan aliran air.

"Kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat atas. Anggota bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci itu untuk memadam api.

Artikel Berkaitan:

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!