Periksa suhu badan sebelum dibenarkan solat Jumaat
MARANG - Setiausaha Masjid Sultanah Nur Zahirah, Zamri Awang (kanan) memeriksa suhu badan jemaah yang hadir untuk menunaikan solat Jumaat ketika tinjauan pada hari pertama solat Jumaat di Masjid Sultanah Nur Zahirah, di negeri ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dalam kenyataan sebelum ini membenarkan perlaksanaan Solat Jumaat dengan tidak melebihi 40 jemaah serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!