Rokok seludup bernilai RM1.65 juta dirampas sejak 24 April


Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAWAU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai lebih RM1.65 juta menerusi Op Supply Raya di sekitar Tawau sejak 24 April lalau sehingga semalam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata, pelbagai jenis dan jenama rokok tanpa cukai dirampas dalam beberapa serbuan dan pemeriksaan dengan anggaran rampasan berjumlah RM363,364 dengan jumlah cukai sebanyak RM1,288,504.60.

"Rampasan terbesar dibuat kira-kira 4.30 pagi pada 15 Mei lalu di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, tidak jauh dari lokasi serbuan pertama yang menemukan beberapa kotak mengandungi pelbagai jenis dan jenama rokok seludup RM242,900.

"Beberapa serbuan dan pemeriksaan akan diteruskan sehingga 25 Mei ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, walaupun tiada sebarang tangkapan dibuat, operasi berterusan yang dijalankan berjaya menggagalkan sindiket penyeludupan rokok di daerah ini.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!