Remy Ishak pun nak #10yearschallenge
BEBERAPA hari lalu, cabaran 10 tahun #10yearschallenge mula melanda pengguna media sosial.
Cabaran yang memperlihatkan pengguna internet berkongsi gambar 10 tahun lalu dan gambar terkini itu turut menarik perhatian selebriti.
Kebanyakan mereka berkongsi gambar-gambar lama dan tidak kurang juga yang bergurau menggunakan gambar orang lain dan gambar sewaktu pengambaran.
Tidak ketinggalan turut melakukannya adalah pelakon, Remy Ishak dengan memuatnaik gambarnya semasa berlakon dalam drama bersiri Nur Kasih, 10 tahun yang lalu dan terkini dengan Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan di Instagram miliknya dengan meninggalkan kapsyen.
"Arwah Adam Haji Hassan dulu baik orangnya... #10yearschallenge," tulisnya.
https://www.instagram.com/p/BsvZuuHHKfI/?utm_source=ig_web_copy_link
Perkongsiannya itu menarik perhatian lebih satu juta pengikut dengan meninggalkan pelbagai komen.
"Jambunya muka dulu," tulis aisyahisahak.
"Ala rindu masa Adam itu... Tapi masa kanda sekarang ini pun 'still onzz'," tulis niniyyyyyy_.
"Sekarang makin kacak, kuat aura kanda," tulis zielareedza.
"Cepatnya sudah 10 tahun Adam pergi, lakonan dari dahulu sampai sekarang memang 'tip top'," tulis syaffellah.
"10 tahun sudah minat kanda rupanya," tulis yaneey_
"Makin bertambah rezeki dan sihat selalu hendaknya," tulis ayung_ain86.
"Makin berumur makin terserlah kekacakkan awak ya Remy... Menjadi-jadi," tulis najirul_81
"Minat sangat tengok lakonan abang @remyishak ... Tidak pernah ketinggalan tengok cerita @pujaanhatikanda dengan lelaki kiriman tuhan," tulis pejahmohd.
Namun ada juga peminat yang nakal meminta Remy berkahwin dengan pasangan heroinnya, Mira Filzah.
"Muka hindustan memang pujaan hati Mira Filzah, kahwinlah bebetul dengan Mira mesti dua-dua suka sama suka," tulis scentoflavender22.
"Nak sangat kanda dan Tiara disatukan dalam dunia realiti... Amin," tulis halyma1970.
Remy atau nama sebenarnya Zalimei Ishak mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!