Tolonglah bantu KAFA

Ahmad Muzakkir Hamid
Ahmad Muzakkir Hamid
A
A
A

SELEPAS memohon derma daripada orang ramai khususnya para peminat dan penyokong The Red Warriors, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini menagih bantuan kerajaan negeri Kelantan dalam menyelesaikan bebanan kewangan mereka

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pihaknya memerlukan sumber kewangan di sebalik krisis pandemik Covid-19 ketika ini yang telah mengakibatkan kantung badan induk bola sepak Kelantan itu terjejas.

“Kami merayu kerajaan negeri, bantulah kami dalam kemelut kewangan yang meruncing ini. Sayangilah Kelantan FA yang pernah menaikkan nama Kelantan suatu ketika dahulu.

“Kami tidak ada sumber pendapatan lagi. Terbaharu, penaja utama kami, After Image (Sdn Bhd) telah menarik diri atas faktor aliran kewangannya.

“KAFA adalah milik rakyat, mereka juga turut bersedih dengan nasib yang menimpa kami. Ramai di antara mereka telah terjemahkannya dengan derma yang dilancarkan. Ini mengambarkan KAFA milik rakyat dan mereka sayang kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, KAFA melancarkan tabung derma atas talian ‘Selamatkan Bola Sepak Kelantan’ bagi tujuan melunaskan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28.

Namun, KAFA gagal menyelesaikan ‘hutang’ awang import dari Brazil itu dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila hanya mampu mengumpul kira-kira RM14,000 setakat kelmarin.

Situasi KAFA kini juga boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal yang makin terumbang ambing di tengah lautan bergelora selepas After Image menarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan Kelantan berkuat kuasa Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, KAFA masih menanti keputusan Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) selepas mengemukakan rayuan permohonan untuk menangguhkan pembayaran tunggakan gaji Cassio.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!