Lima doktor terkorban akibat Covid-19
PANDEMIK Covid-19 menyebabkan ramai yang kehilangan nyawa dan mengubah norma kehidupan masyarakat dunia.
Paling menyedihkan dunia turut kehilangan individu penting yang bertugas di barisan hadapan apabila mereka terpaksa berhadapan dengan risiko setiap kali menjalankan tugas.
Antara lima doktor yang meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 seluruh negara.
1. Dr R Vishna, 48, Malaysia
Seorang doktor warga Malaysia yang bekerja di Hospital Kebajikan Wanita Birmingham, United Kingdom (UK), Dr R Vishna, dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Sesawang rasmi Yayasan Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham, melaporkan mendiang yang lebih dikenali sebagai Vish, adalah seorang Pakar Perunding Neonatal di hospital berkenaan.
2. Michael Robert Marampe, 28, Indonesia
Michael disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Rumah Sakit Polri Kramat Jati di Bogor.
Berita kematiannya disahkan Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Dr Halik Malik.
Lapan hari berjuang melawan jangkitan Covid-19, takdir menentukan doktor muda ini menghembuskan nafas terakhirnya sekali gus meleburkan impiannya untuk mendirikan rumahtangga bersama tunang tersayang.
3. Dr James A Mahoney, 62, Brooklyn
Beliau menghabiskan 40 tahun berkhidmat dalam bidang perubatan dan mungkin akan bersara.
Bagaimanapun beliau menunda persaraannya untuk terus membantu dalam merawat pesakit Covid-19. Kemudian dia disahkan positif virus dan meninggal dunia.
4. Dr Li Wenliang, 34, Wuhan, China
Dr Li yang telah memberi amaran tentang kewujudan koronavirus baharu Covid-19 disahkan meninggal dunia pada jam 2.58 pagi pada 7 Februari.
Perkara ini dimaklumkan Hospital Pusat Wuhan dalam kenyataannya melalui akaun media sosial weibo sebentar tadi.
Pakar oftalmologi Li Wenliang dari hospital ini, menghidap pneumonia akibat jangkitan Covid-19.
5. Dr Saad Al-Dubbaisi, 59, Manchester
Dilahirkan di Iraq, Al-Dubbaisi bekerja di bandar Greater Manchester selama hampir 20 tahun.
Memiliki sikap penyayang dan sanggup berkorban untuk masyarakat. Meninggal dunia pada 3 Mei setelah beberapa minggu dijangkiti Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!