Sancho layak sarung jersi nombor keramat United
BINTANG muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho disifatkan sudah layak menyarung jersi nombor tujuh sekiranya menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United.
Menurut bekas pemain The Red Devils, Rio Ferdinand, Sancho mampu memenuhi kriteria utama sebagai penyandang nombor keramat berkenaan sebelum ini.
“Sancho memiliki karakter itu kerana dia memiliki aura seperti mana dibuktikan ketika bersama kelabnya sekarang.
“Jika tanya saya, ya saya akan memberikan nombor itu kepada dia bagi membolehkannya meneruskan tradisi pemain sebelum ini.
“Pada saya memiliki pemain yang boleh menarik dua atau tiga pemain di luar posisi mereka untuk memberi pemain lain mencelah, itulah yang kurang di Manchester United sekarang ini," kata bekas pemain pertahanan itu.
Setelah Cristiano Ronaldo, pemain memakai nombor tujuh seperti Angel Di Maria, Memphis Depay dan Alexis Sanchez gagal menterjemahkan fungsi masing-masing.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!