PDC nafi diambil alih Kementerian Ekonomi

Kon Yeow (kiri) bersama Guan Eng meninjau Stesen Bawah Bukit Bendera Pulau Pinang (Fasa 3) tadi.
Kon Yeow (kiri) bersama Guan Eng meninjau Stesen Bawah Bukit Bendera Pulau Pinang (Fasa 3) tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menafikan dakwaan pentadbirannya diambil alih Kementerian Hal Ehwal Ekonomi tetapi hanya diletakkan di bawah pemantauan kementerian itu.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu adalah biasa kerana mengikut undang-undang kementerian itu ada kuasa untuk mengawal dan memantau sesebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri.

“Sebenarnya bukan ‘take over’ (ambil alih), mungkin saya pun tak pasti cuma dalam sistem pentadbiran diberi tanggungjawab. Dalam kes ini, ia lebih kepada memantau prestasi. Diletakkan di bawah pemantauan satu kementerian sahaja.

“Harus diingatkan PDC seperti Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), iaitu diluluskan mengikut undang-undang. Ada kuasa undang-undang untuk mengawal operasi atau peranan satu perbadanan. Seperti yang saya kata, ia diletak di bawah satu kementerian agar boleh dijaga.

“PDC masih beroperasi seperti biasa dan saya tidak rasa ia diambil alih, hanya diletakkan sebagai tanggungjawab sesebuah kementerian dan saya masih pengerusinya,” katanya kepada media selepas merasmikan Stesen Bawah Bukit Bendera (Fasa 3) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Pengurus Besar PBBPP, Cheok Lay Leng.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan PDC antara 32 agensi kerajaan yang diambil alih oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di bawah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, pihaknya amat terkejut dengan dakwaan tersebut dan sekiranya benar, ia boleh dianggap kepentingan rakyat Pulau Pinang digadai oleh kerajaan negeri di bawah PH.

Artikel Berkaitan:

“Jika perkara ini berlaku, ia jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak berkuasa dengan membenarkan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengambil alih PDC.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!