Keluarga sayu sambut Aidilfitri tanpa Pak Long

Shafie menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang 1 Mac lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani akibat paru-paru berair.
Shafie menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang 1 Mac lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani akibat paru-paru berair.
A
A
A

ALOR SETAR - Perasaan sunyi dan rindu menyelubungi keluarga pencipta dan penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu’, Allahyarham Shafie Ahmad, 54 di Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut anaknya Nur Muhammad Idhoffy, 18, sebelum ini bapanya atau lebih dikenali sebagai Pak Long adalah insan yang selalu memeriahkan suasana setiap kali bulan puasa dan sambutan hari raya.

Katanya, setiap kali tiba hari raya, bapanya akan sibuk dengan pelbagai aktiviti untuk melengkapkan perayaan Aidilfitri mereka sekeluarga.

"Sehari sebelum raya abah akan beli daun palas dan daging, selepas itu kami akan bersama-sama buat ketupat dan rendang.

"Bab baju raya pula, abah selalunya akan bawa kami sekeluarga keluar bersama-sama untuk mencari kelengkapan raya.

"Tapi itulah, semua itu cuma hanya kenangan untuk kami anak beranak.Tanpa abah pada tahun ini persiapan raya kami hanya dilakukan secara sederhana tambahan pula kita masih dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pemergian bapanya itu mengajarnya erti menghargai insan yang berada di sekeliling ketika mereka masih bersama kita.

"Kami sekeluarga rindukan abah. Sebab itu sebagai manusia kita kena bersedia dengan apa yang akan kita hadapi di kemudian hari.

Artikel Berkaitan:

"Hargailah semua insan yang berada di sekeliling kita, kerana apabila ALLAH SWT 'ambil' mereka dari kita, rasa kehilangan itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata," katanya yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik.

Shafie menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang 1 Mac lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani akibat paru-paru berair. Allahyarham sebelum itu menerima rawatan selama tiga hari di Unit Rawatan Rapi HSAH.

Selain terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Shafie turut mencipta lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian Tropika dan Al Jannah dendangan Mawi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!