Gelandangan mati dibunuh

Mayat seorang gelandangan dipercayai dibunuh ditemui di perhentian bas di hadapan sebuah sekolah rendah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), Seri Kembangan, Serdang hari ini.

A
A
A

SERDANG - Mayat seorang gelandangan yang dipercayai dibunuh ditemui di perhentian bas di hadapan sebuah sekolah rendah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), Seri Kembangan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira jam 9 pagi tadi daripada pengawal keselamatan sekolah terbabit.

Menurutnya, mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati terdapat kesan tetakan di kepala mangsa dan dipercayai mangsa telah dibunuh malam tadi.

Mayat seorang gelandangan dipercayai dibunuh ditemui di perhentian bas di hadapan sebuah sekolah rendah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), Seri Kembangan, Serdang, hari ini.

"Satu tilam dipercayai milik mangsa turut ditemui berada di dalam longkang, namun tiada senjata berkaitan kes itu ditemui," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Ismadi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, selain itu, pihaknya juga mengikuti prosedur operasi standard (SOP) bagi pengendalian kes di lokasi kejadian dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Artikel Berkaitan:

“Selain pihak forensik, kami juga dibantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pengendalian siasatan kes di lokasi berikutan penularan wabak Covid-19 ketika ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!