Empat cedera, Axia bertembung lori

Anggota bomba mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Datuk Kumbar di sini tadi.
Anggota bomba mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Datuk Kumbar di sini tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Empat individu cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori di Jalan Datuk Kumbar menghala ke Pasaraya Mydin di sini tadi

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.20 petang.

Menurutnya, sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dibantu enam anggota BBP Jalan Raja bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebelum tiba lebih kurang tujuh minit kemudian.

"Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dengan sebuah lori satu tan.

"Anggota bomba menggunakan peralatan 'rescue tool' bagi mengeluarkan pemandu lori berusia 30 tahun yang tersepit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, dua mangsa telah dibawa Ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua lagi dibawa menaiki ambulans oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!