Rai dengan tertutup tapi hati terbuka: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham bergambar bersama wakil media selepas sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 - Foto Bernama
Dr Noor Hisham bergambar bersama wakil media selepas sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini diraikan dengan penuh keunikan.

Menurutnya, sambutan hari kebesaran umat Islam itu terpaksa dilakukan luar daripada kebiasaan bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19) akan tercapai.

"Tahun ini tahun yang unik untuk kita raikan Aidilfitri iaitu kita merayakan Aidilfitri secara tertutup tetapi dengan hati yang terbuka.

"Insya-ALLAH kita dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," katanya.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika sebelum menutup sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

"Sekali lagi saya ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saya diri sendiri.

"Saya harap semua rakyat Malaysia dapat patuh prosedur operasi standard (SOP) untuk kita meraikan Aidilfitri tahun ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!