PERTH - Seorang lelaki dihukum penjara 17 tahun kerana merogol ibunya dan menyebabkan kecederaan pada bahagian pinggang. Menurut Daily Star, kisah penuh tragis itu berlaku di Barat Australia semasa lelaki itu di bawah pengaruh dadah. Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, lelaki berkenaan telah merogol ibunya sebanyak tiga kali selepas mengambil dadah dipercayai jenis methamphetamine. Sebaik mendengar pertuduhan itu, hakim memberitahu jenayah itu adalah yang paling teruk didengarinya sepanjang kerjayanya. "Individu di bawah pengaruh dadah cenderung melakukan jenayah serius termasuk perbuatan jahat seperti yang saya kendalikan ini. "Sudah pasti bukan methamphetamine yang merogol ibumu... ia adalah kamu," ujarnya. Mengikut fakta kes, pada November tahun lalu, tertuduh telah memukul ibunya menggunakan batang paip mengakibatkan wanita berusia 54 tahun terjatuh. Kemudian tertuduh bertindak kejam dengan menarik rambut wanita ke bilik sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.