PKPB: Rakyat Kelantan patuh SOP beraya


Hasanuddin
Hasanuddin
A
A
A

KOTA BHARU- Polis Kelantan membuat pemeriksaan ke atas 262 buah rumah sejak hari pertama sambutan Aidilfitri dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) musim perayaan oleh orang ramai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pemeriksaan itu melibatkan 862 penghuni asal rumah berkenaan serta 38 penghuni tambahan iaitu mereka yang pulang melalui rentas negeri.

Beliau berkata 518 kenderaan juga turut diperiksa yang 37 daripadanya didapati melakukan perjalanan rentas daerah manakala satu melakukan rentas negeri.

"Individu yang dikesan melakukan rentas negeri itu didapati mempunyai Surat Rentas Negeri.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan orang ramai dilihat patuh kepada arahan yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, polis Kelantan akan terus melaksanakan rondaan dan pemeriksaan bagi memastikan orang ramai terus mematuhi SOP yang ditetapkan.-Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!