Hujan, ribut petir berterusan di Selangor hingga 1 Jun
SHAH ALAM - Hujan dan ribut petir dijangka berterusan di beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur sehingga 1 Jun ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi laman sesawang rasminya memberitahu antara kawasan yang terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor pula diramal hujan hingga Jumaat manakala Klang dan Kuala Langat dijangka mengalami hujan dan ribut petir hingga Sabtu ini.
Kebanyakan kawasan diramal mengalami hujan dan ribut petir pada waktu petang manakala tiada hujan di satu dua tempat di waktu pagi dan malam.
Cuaca diramal baik dan tiada hujan di Sabak Bernam, Kuala Selangor mulai Sabtu manakala di Klang dan Kuala Langat bermula Ahad.
Putrajaya pula diramal mengalami hujan dan ribut petir hingga Jumaat namun tiada hujan bermula Sabtu hingga Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!