'Tiada kaitan dengan PRK Cameron Highlands'

Mustafa ketika ditemui hari ini.
Mustafa ketika ditemui hari ini.
A
A
A

GUA MUSANG - Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) menafikan tindakan Kerajaan Pusat memfailkan saman terhadap Kerajaan Pahang ada kaitan dengan kempen PRK Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusinya, Mustafa Along berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana isu berkenaan sudah dibincangkan sejak Oktober tahun lalu.

“Perbincangan JKOAK bersama wakil Peguam Negara dan Bar Malaysia untuk mengambil tindakan ini bermula sejak Oktober tahun lalu

“Ia hanya kebetulan dalam tempoh PRK Cameron Highlands dan bukan dijadikan sebagai umpan untuk meraih undi,” katanya.

Terdahulu, kerajaan atas arahan kabinet memfailkan saman sivil terhadap kerajaan negeri Kelantan kerana menceroboh tanah Orang Asli Temiar di negeri ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!