PATI negatif Covid-19 dihantar pulang segera

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini.
- Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini.
- Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk menghantar pulang semua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di semua depot imigresen di seluruh negara dengan segera sekiranya didapati negatif jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat melalui mesyuarat khas pengurusan PATI hari ini dengan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) telah diminta untuk berbincang dengan rakan sejawatan dan kedutaan negara terlibat bagi urusan menerima pulang rakyat masing-masing.

Menurutnya, langkah itu bertepatan dengan pendirian kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 secara tidak terkawal bukan sahaja terhadap sesama PATI, bahkan seluruh rakyat negara ini.

"Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Pati dan telah membuat keputusan semua PATI yang ditahan di depot Imigresen KLIA, Bukit Jalil dan Semenyih wajib dilakukan ujian swab.

"Kerajaan juga sedang merangka langkah untuk menghantar pulang semua PATI negatif Covid-19 ke negara masing-masing dan membabitkan semua depot imigresen di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut menyedari kebimbangan rakyat negara ini terhadap kemungkinan ketidakcukupan fasiliti menempatkan golongan Pati yang didapati positif Covid-19 untuk dikuarantin dan diberikan rawatan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan dua tambahan fasiliti pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 disediakan kerajaan di Hospital Kusta, Sungai Buloh dan Bangunan Wad Bersalin lama di Hospital Kuala Lumpur bagi menempatkan Pati dijangkiti Covid-19 selain Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

"Sebelum ini, kita menyedari pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di MAEPS hanya mampu menampung 600 pesakit dalam satu masa dan angka itu agak membimbangkan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Namun, dengan penambahan dua fasiliti bangunan bagi tujuan pusat rawatan Covid-19 ini dijangka mampu menampung sejumlah 1,430 pesakit sekali gus diyakini mencukupi bagi memenuhi keperluan merawat PATI," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!