Azmin adakan lawatan kerja sehari ke Kedah esok
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, beliau dijadualkan mengadakan kunjungan hormat dengan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman pada jam 2 petang.
“Pertemuan bagi kedua pemimpin ini adalah yang pertama sejak Muhammad Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 17 Mei, 2020,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
MITI berkata, Mohamed Azmin dijangka akan berbincang dengan Muhammad Sanusi berhubung kedudukan peluang pelaburan di negeri itu dan bagaimana negeri Kedah mampu terus menjadi tarikan pelabur asing pasca koronavirus (Covid-19) selain menjadi hab pembuatan bagi sektor-sektor terpilih.
Kenyataan itu berkata, Mohamed Azmin juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua perniagaan setempat serta pemimpin komuniti tempatan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!