Presma setuju majikan sedia tempat tinggal pekerja asing

Jawahar Ali Taib Khan
Jawahar Ali Taib Khan
A
A
A

SHAH ALAM – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menyambut baik arahan kerajaan yang mewajibkan majikan menyediakan tempat tinggal berkeadaan baik kepada pekerja asing.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, itu merupakan tindakan yang sewajarnya dilakukan setiap majikan bagi memastikan kebajikan semua pekerja mereka termasuk pekerja asing terjamin.

“Kami yang terlibat dalam bidang restoran ini telah mempraktikkan dan cuba memastikan sebaik mungkin kebajikan mereka terjaga.

“Sebagai contoh, penempatan untuk kakitangan saya, kami siapkan surau, bilik mandi, tempat rehat untuk menonton televisyen. Kami juga menjemput ustaz untuk memberikan tazkirah kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, apabila majikan menjaga kebajikan pekerja dengan sebaik mungkin maka mereka akan mendapat natijah yang besar dan turut melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh.

Pada masa sama, katanya, kebanyakan isu yang timbul berkemungkinan melibatkan penempatan pekerja asing di rumah kongsi yang disediakan di tapak-tapak pembinaan.

“Kemungkinan besar isu ini lebih kepada rumah kongsi di tapak pembinaan,” katanya.

Jawahar berkata, Presma juga memberi khidmat nasihat kepada ahli persatuan supaya sentiasa memberi keutamaan kepada semua pekerja termasuk warga asing.

Artikel Berkaitan:

“Bukan hanya kerana wabak koronavirus (Covid-19) tapi bila-bila pun kena bagi keutamaan kepada mereka.

“Mereka pun bukannya nak hidup selesa macam di hotel tapi cukuplah tempat tidur yang sepatutnya untuk mereka berehat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!