Veteran perang Ghana berjalan 23 kilometer kutip dana

Joseph Hammond berjalan kaki sejauh 23 kilometer untuk mengumpul dana bagi membantu memerangi Covid-19. - Foto Agensi
Joseph Hammond berjalan kaki sejauh 23 kilometer untuk mengumpul dana bagi membantu memerangi Covid-19. - Foto Agensi
A
A
A

ACCRA - Seorang veteran Perang Dunia Kedua Ghana berusia 95 tahun sanggup berjalan kaki sejauh 23 kilometer dalam masa seminggu bagi mengumpul dana untuk pekerja kesihatan yang berjuang menentang pandemik koronavirus (Covid-19).

Setiap hari, Joseph Hammond akan berjalan 3.2 kilometer untuk mencapai sasarannya menjelang Hari Afrika yang disambut di ibu negara Accara pada 25 Mei lalu.

Setakat hari ini, Hammond berjaya mengumpul hampir AS$26,000 (RM113,000).

"Saya berjuang dalam peperangan yang berakhir 75 tahun lalu. Sekarang, kita berhadapan dengan peperangan lain yang tidak kelihatan iaitu Covid-19.

"Matlamat saya ialah mengumpul sebanyak AS$613,000 (RM2.6 juta) untuk menyokong veteran yang berisiko dan semua anggota barisan hadapan yang terlibat dalam menghapuskan virus dari Afrika," katanya.

Difahamkan, Hammond mendapat inspirasi daripada veteran Perang Dunia Kedua, Kapten Tom Moore yang berjaya mengutip dana sumbangan orang ramai berjumlah 33 pound sterling (RM176 juta) untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom dengan berjalan 100 pusingan di kebun di rumahnya sebelum ulang tahun kelahiran yang ke-100. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!