'Saya reda jika 'pergi' ketika bantu mereka'

Mohd Zaki menyampaikan surat penghargaan kepada Nor Iman di Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang hari ini.
Mohd Zaki menyampaikan surat penghargaan kepada Nor Iman di Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang hari ini.
A
A
A

BAGAN DATUK - "Jika ditakdirkan saya 'pergi' ketika selamatkan mereka, saya reda kerana hanya fikirkan mereka selamat sahaja," kata Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, yang menyelamatkan empat remaja perempuan daripada hanyut di Kampung Gajah kelmarin.

Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) itu bersyukur kerana berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang berusia 18 tahun itu.

Muhammad Nor Imran berkata, tindakan spontan itu diambil selepas tidak sanggup melihat keadaan mangsa yang tidak bermaya, dengan wajah hampir biru.

"Pengalaman berenang hampir 30 minit menyelamatkan semua mangsa dengan memakai seluar jeans dan arus deras tanpa sebarang peralatan tidak dapat dilupakan," katanya.

"Saya tak mengharapkan sebarang balasan tapi terharu juga dapat penghargaan daripada pelbagai pihak," katanya.

Menurutnya, penghargaan sama wajar diberikan kepada pasangan suami isteri yang turut membantu di tempat kejadian.

“Saya selamatkan mereka daripada hanyut tetapi ada seorang abang (pengguna jalan raya) bantu beri bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR).

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak tahu siapa dia kerana dia cepat beredar dari situ. Tanpa dia, tidak tahulah bagaimana keadaan mangsa kerana saya tidak berdaya ketika itu," katanya.

Barudin (kanan) menyampaikan surat penghargaan atas keberanian Nor Iman menyelamatkan mangsa kemalangan di Masjid Aziziah Batu 10, Hutan Melintang hari ini.
Barudin (kanan) menyampaikan surat penghargaan atas keberanian Nor Iman menyelamatkan mangsa kemalangan di Masjid Aziziah Batu 10, Hutan Melintang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru selamatkan lima remaja hanyut

Sumbangan khas untuk guru selamatkan remaja lemas: MB Perak

Katanya, hanya seorang wanita mengakui sebagai ahli keluarga salah seorang mangsa ada menghubunginya dan berterima kasih dengan bantuan itu.

Keberanian Nor Iman mendapat penghargaan dan cenderamata daripada Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Zaki Omar di sini hari ini.

Barudin berkata, tindakan Nor Imran yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan mangsa layak menerima penghargaan.

"Kita harap perkara yang dilakukan menjadi contoh kepada rakyat negara ini supaya sedia membantu," katanya.

Sementara itu, Mohd Zaki turut memuji tindakan pantas Nor Iman yang disifatkan sebagai luar biasa dalam menyelamatkan mangsa di air.

“Keupayaannya menyelamatkan kesemua mangsa secara sendirian tanpa sebarang peralatan khas adalah amat mengagumkan.

“Saya juga kagum dengan ketahanan fizikal dan mentalnya untuk menarik empat mangsa ke tebing dengan selamat walaupun air deras,” katanya*.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja hanyut diselamatkan guru KAFA diambil keterangan

Kelmarin, Nor Iman yang melalui Jalan Bota Kiri - Ulu Dedap bertindak terjun untuk menyelamatkan empat mangsa hanyut selepas kenderaan yang dinaiki lima rakan sebaya itu terjunam dalam tali air berhampiran Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!