Lahir seorang bayi perempuan, 111 pokok ditanam

Penduduk Piplantri tanam 111 pokok bagi setiap satu kelahiran bayi perempuan. - Foto Facebook komuniti Piplantri
Penduduk Piplantri tanam 111 pokok bagi setiap satu kelahiran bayi perempuan. - Foto Facebook komuniti Piplantri
A
A
A

PIPLANTRI - Tradisi perkampungan kecil Piplantri dengan menanam 111 pokok bagi setiap satu kelahiran bayi perempuan menjadikan kampung itu memiliki khazanah hutan yang semakin luas.

Lapor Brightside, tradisi itu diasaskan oleh bekas ketua kampung Piplantri, Shyam Sundar Paliwai pada 2006.

Ia bermula selepas anak perempuannya meninggal dunia dan bagi memperingati mendiang, Shyam menanam sebatang pokok di kampung tersebut.

Shyam dikatakan mahu melindungi masa depan anak-anak perempuan dan menganjurkan program menjana pendapatan mereka.

Justeru, bagi setiap kelahiran anak perempuan, penduduk menanam 111 pokok dan dalam budaya India, angka 111 membawa tuah, keuntungan dan kejayaan.

Katanya, jika setiap tahun seramai 60 bayi perempuan selamat dilahirkan dan mereka perlu tanam 6,660 pokok dalam setahun.

Tradisi turun-temurun itu telah membuatkan kampung itu ditumbuhi kehijauan dan kini lebih 350 pelbagai jenis pokok telah ditanam, antaranya pokok kelapa yang menjadi keutamaan masyarakat India.

Bukan itu sahaja, pokok lidah buaya juga ditanam sekali gus dapat mengeluarkan produk kecantikan dan menjana pendapatan penduduk.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!