UiTM Kelantan terus cemerlang
MACHANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan melakarkan sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Jaringan Alumni, Komuniti dan Kesukarelawan pada Majlis Inovasi UiTM 2018, baru-baru ini.
Anugerah tersebut adalah kali kedua dimenangi UiTM Kelantan selepas dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan beberapa tahun yang lalu pada majlis yang seumpamanya.
Rektor UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan berkata, pengiktirafan tersebut cukup bermakna kepada seluruh warga kerja universiti tersebut sekali gus menjadi penyuntik semangat untuk bekerja lebih keras pada masa akan datang.
“UiTM Kelantan bukan sekadar institusi pengajian tinggi tetapi juga memainkan peranan bersama-sama membantu dan membangunkan masyarakat dengan melibatkan pelbagai aspek kehidupan termasuk kebajikan.
“Kami juga berterima kasih kepada pihak alumni yang sentiasa menyokong UiTM Kelantan dalam menjayakan apa sahaja program dan aktiviti membabitkan pelbagai bidan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Menurutnya, pelbagai program dirangka pihaknya bagi membantu mereka yang memerlukan terutamanya masyarakat di sekitar UiTM dan seluruh negeri Kelantan, amnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!