Tiada kes Covid- 19 di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas

Tahanan yang bebas Covid-19 sahaja dibenarkan masuk ke DTI, manakala tahanan positif segera dirujuk ke hospital bagi rawatan dan pengasingan.
Tahanan yang bebas Covid-19 sahaja dibenarkan masuk ke DTI, manakala tahanan positif segera dirujuk ke hospital bagi rawatan dan pengasingan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Pekan Nanas, Pontian satu-satunya depot di negeri ini yang tiada kes positif koronavirus (Covid-19) setakat hari ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, Jabatan Kesihatan Johor sentiasa peka mengenai kemungkinan berlaku penularan Covid- 19 ekoran kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini.

"Polis dan Jabatan Imigresen serta agensi penguatkuasaan yang lain meningkatkan aktiviti pemantauan di sempadan dan laluan tikus.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi penahanan dan penghantaran PATI ke DTI turut dirangka bagi mengekang penularan Covid-19.

"Kesemua kemasukan baharu PATI ke DTI akan menjalani saringan Covid-19 terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya hanya tahanan yang bebas Covid-19 dibenarkan masuk ke DTI manakala tahanan positif segera dirujuk ke hospital bagi rawatan dan pengasingan.

"Selain itu, semua semua anggota yang bertugas di DTI akan menjalani pemeriksaan saringan penyakit bagi memastikan mereka bebas Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!