Isteri pembunuh George Floyd fail perceraian

Kellie (kiri) telah memfailkan petisyen membubarkan perkahwinannya dengan Derek Chauvin yang didakwa menyebabkan kematian George Floyd pada Isnin lalu. - Foto Agensi
Kellie (kiri) telah memfailkan petisyen membubarkan perkahwinannya dengan Derek Chauvin yang didakwa menyebabkan kematian George Floyd pada Isnin lalu. - Foto Agensi
A
A
A

SAINT PAUL - Isteri kepada Derek Chauvin, bekas pegawai di Jabatan Polis Minneapolis yang didakwa membunuh lelaki kulit hitam, George Floyd dalam insiden yang mencetuskan kemarahan ramai pada Isnin lalu dilapor telah memfailkan perceraian.

Peguam kepada Kellie Chauvin semalam berkata, wanita terbabit bersedia membubarkan perkahwinan mereka selepas penglibatan suaminya dalam kes tersebut.

"Dia menderita atas kematian Floyd. Kellie menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semua orang yang berduka di atas kematiannya.

"Kellie juga sudah memfailkan petisyen membubarkan perkahwinan mereka," menurut kenyataan dikeluarkan pihak peguam wanita terbabit.

Kenyataan itu menambah, pasangan tersebut tidak dikurniakan anak dan tidak pasti berapa lama mereka telah mendirikan rumah tangga.

Derek ditahan semalam dan berdepan tuduhan membunuh tahap ketiga dan pertuduhan cuai sehingga membawa kematian.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis Minneapolis didakwa membunuh George Floyd

Kematian lelaki etnik kulit hitam itu mencetuskan protes yang bertukar ganas di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Derek yang juga penyokong tegar Presiden Donald Trump serta tiga pegawai lain dipecat daripada Jabatan Polis Minneapolis.

Polis kulit putih itu didakwa menggunakan kekerasan ketika menahan Floyd pada Isnin lalu, apabila menekan leher mangsa dengan lutut hampir sembilan minit yang menyebabkan dia sukar bernafas.

Video mengenai kejadian yang turut menunjukkan Floyd merayu berulang kali, tular hingga membangkitkan kemarahan rakyat AS dan ada mengaitkannya dengan sentimen ketidaksamaan kaum. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!