Masjid Nabawi dibuka semula
RIYADH - Arab Saudi membuka semula Masjid Nabawi di Madinah hari ini di bawah fasa secara berperingkat untuk meredakan sekatan bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).
Arab News melaporkan para jemaah menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali selepas penutupan masjid itu selama lebih dua bulan.
Pihak berkuasa turut melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengehadkan kapasiti jemaah kepada 40 peratus.
ARTIKEL BERKAITAN: Masjidil Haram, Masjid Nabawi akan dibuka tidak lama lagi
Selain itu, langkah berjaga-jaga lain yang turut diambil termasuk meminta para jemaah membawa sejadah sendiri, memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
Dalam perkembangan berkaitan, Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis juga dibuka kepada para jemaah bermula waktu solat Subuh pada hari ini. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!