Misi perkasa skuad hoki negara

Corak kejurulatihan lama akan dinilai sama ada ia perlu diperbaiki atau tidak demi kebaikan pasukan kebangsaan.
Corak kejurulatihan lama akan dinilai sama ada ia perlu diperbaiki atau tidak demi kebaikan pasukan kebangsaan.
A
A
A

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) sedang merangka modul kejurulatihan yang lebih bagus dalam usaha memastikan skuad hoki negara mampu terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Ahli Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, I Vikneswaran berkata, MHC akan menumpukan modul kejurulatihan dari segenap aspek termasuk di peringkat akar umbi.

“Banyak modul kejurulatihan yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan nanti. Kami merangka modul untuk memastikan skuad kebangsaan lebih mampu berdaya saing dan maju pada masa akan datang.

“Kita juga akan menilai corak kejurulatihan lama adakah ia perlu diperbaiki atau bagaimana dan sudah tentu ia demi kebaikan pasukan kebangsaan," katanya dalam satu bual bicara di laman Facebook MHC, baru-baru ini.

Menurutnya, Presiden MHC juga mempunyai idea yang baik untuk diketengahkan terutama menggunakan pengalaman sebelum ini diaplikasikan selain tumpuan lebih kepada pembangunan di peringkat akar umbi.

MHC menumpukan modul kejurulatihan dari segenap aspek termasuk di peringkat akar umbi.
MHC menumpukan modul kejurulatihan dari segenap aspek termasuk di peringkat akar umbi.

“Kita juga akan menawarkan bimbingan kejurulatihan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi jurulatih dan sudah tentu ia akan menyemarakkan lagi sukan hoki di negara ini," katanya.

Bagaimanapun katanya, perancangan yang sudah diatur sedikit terganggu memandangkan pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini.

Artikel Berkaitan:

“Seperti yang kita tahu jawatankuasa ini bermula hujung Disember lalu dan masih belum boleh bergerak sepenuhnya akibat Covid-19. Tetapi, pelan perancangan tetap akan dirangka dan akan dilaksanakan nanti.

“Kita juga akan melihat kembali kejohanan yang akan datang memandangkan banyak kejohanan tahun ini yang akan ditunda pada tahun 2021 dan apa yang boleh kita buat bagi menghadapi kejohanan itu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!