Maut tersepit pacuan empat roda terbalik

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas pacuan empat roda terbalik di bahu jalan di Kampung Kurnia Sakti, Kundang Ulu, Bukit Gambir, Tangkak hari ini.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas pacuan empat roda terbalik di bahu jalan di Kampung Kurnia Sakti, Kundang Ulu, Bukit Gambir, Tangkak hari ini.
A
A
A

TANGKAK - Seorang lelaki terpaksa menahan sakit kerana tersepit selama hampir satu jam selepas pacuan empat roda dipandunya terlibat kemalangan di Kampung Kurnia Sakti, Kundang Ulu, Bukit Gambir, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 3.54 petang, Tan Huie Yau, 56, yang memandu Toyota Hilux hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan sekali gus mengakibatkannya terperangkap di tempat duduknya.

Orang awam yang melihat keadaan itu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir sebelum lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas pacuan empat roda terbalik di bahu jalan di Kampung Kurnia Sakti, Kundang Ulu, Bukit Gambir, Tangkak hari ini.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas pacuan empat roda terbalik di bahu jalan di Kampung Kurnia Sakti, Kundang Ulu, Bukit Gambir, Tangkak hari ini.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Riduan Mohamad, kerja-kerja mengeluarkan dilakukan dengan menggunakan peralatan khas untuk menyelamat.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi menyelamatkan mangsa tamat pada jam 4.43 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!