Gelinciran tanah di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
SIMPANG PULAI - Hujan lebat menyebabkan berlakunya gelinciran tanah di kaki bukit Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran Kampung Juang di sini lewat petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 7.28 malam tadi, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi telah menjalankan pemantauan rapi di sekitar kawasan terlibat.
"Gelinciran tanah berlaku disebabkan hujan lebat dan penduduk berhampiran telah dimaklumkan kejadian ini sebagai langkah berjaga-jaga.
"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa terlibat mahupun sebarang kerosakan harta benda awam," katanya.
Operasi tamat pada jam 8.25 malam tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!