Empat lelaki ditahan menyamar anggota imigresen

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggotanya di Putrajaya.

Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan itu, M. Saravana Kumar berkata kesemua suspek berusia 27 hingga 34 tahun ditahan semalam selepas berurusan dengan seorang majikan.

"Siasatan awal mendapati suspek telah menjalankan operasi haram serta menangkap pekerja asing sebelum meminta atau menerima suapan daripada majikan pekerja. Suapan adalah bagi bayaran melepaskan pekerja asing itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya kumpulan ini telah melakukan kegiatan ini beberapa kali dan modus operadinya adalah dengan menyasarkan kedai runcit.

"Mereka juga akan menggunakan peralatan seperti gari dan baju seumpama anggota Imigresen selain majikan akan diarahkan untuk berjumpa mereka di jalan sekitar pejabat Imigresen untuk urusan melepaskan pekerja asing.

Beliau berkata kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!